Toponlinecasino.my (selepas ini dikenali sebagai ‘kami’, ‘kita’ ataupun ‘Top Online Casino Malaysia’) merupakan laman untuk mengumpulkan ulasan dan reviu untuk laman-laman kasino atas talian.
Laman ini dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat luar negara yang bebas dan milik persendirian. Semua pengunjung laman kami dijemput untuk menggunakan sepenuhnya semua kemudahan yang terdapat di sini, tertakluk kepada beberapa terma dan syarat (“syarat”) seperti yang tertera di bawah.
Dengan menggunakan maklumat dan kemudahan yang terdapat di laman ini, anda dikira telahpun menerima semua terma dan syarat kami dengan sepenuhnya. Anda diberi kebebasan untuk menggunakan maklumat di sini sebagaimana yang dikira sesuai, tetapi anda perlulah memahami peraturan yang terlibat.
Terma dan syarat penggunaan laman ini mungkin berubah dari masa ke semasa jadi anda perlulah kembali untuk menyemaknya semula.
Pertama sekali, anda perlu memahami bahawa Top Online Casino Malaysia merupakan laman bersekutu dan tidak menawarkan atau menyediakan apa-apa khidmat perjudian atas talian. Kami merupakan laman yang menyediakan pengiklanan dan ulasan laman kasino pihak ketiga semata-mata. Selain itu, terdapat juga ulasan mengenai kaedah permainan dan butiran industri perjudian yang dapat sedikit sebanyak membantu para pejudi.
Ianya juga penting untuk mengetahui bahawa tujuan laman ini bukan untuk menghasut atau meyakinkan orang ramai untuk berjudi di atas talian. Top Online Casino Malaysia tidak memiliki mana-mana laman perjudian dan tidak menjaminkan keselamatan anda jika anda menggunakan laman-laman perjudian atas talian yang disyorkan.
Kami di Top Online Casino Malaysia tidak bertanggungjawab berkenaan apa-apa kesilapan serta ketidaksempurnaan maklumat di sini. Kami merizabkan hak untuk melakukan perubahan kepada maklumat yang terkandung di sini pada bila-bila masa tanpa memaklumkan pengunjung terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, kami akan sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa semua maklumat di laman ini adalah yang terkini dan terbaru.
Maklumat yang disediakan adalah percuma tetapi kami tidak menjamin ketepatannya, maka anda perlu mengambil menanggung risiko sendiri apabila menggunakan maklumat yang tersedia di sini. Tiada jaminan yang diberikan bahawa maklumat yang disediakan adalah sahih atau sempurna pada satu-satu masa, termasuklah grafik, tulisan, pautan, rekaan dan media lain yang akan anda temui di laman kami.
Oleh itu, kami menasihatkan anda supaya membaca terma dan syarat yang tertera di laman perjudian pilihan anda sebelum anda mula bermain di mana-mana laman perjudian. Kami ingin mengulangi bahawa kami tidak dapat menjamin sepenuhnya maklumat tentang mana –mana kasino yang terdapat di Top Online Casino Malaysia.
Kami juga menasihatkan anda supaya peka terhadap undang-undang tempatan yang berkaitan dengan perjudian atas talian untuk melindungi diri daripada menghadapi masalah perundangan. Tanggungjawab untuk mendidik diri sendiri mengenai perundangan negara berkaitan aktiviti perjudian adalah tanggungjawab persendirian dan tidak ada kena-mengena dengan Top Online Casino Malaysia.
Dalam pada itu, kami juga tidak bertanggungjawab melindungi anda jika anda membuat keputusan untuk bertindak di luar undang-undang. Top Online Casino Malaysia hanya berperanan sebagai pembekal maklumat tentang kasino atas talian yang terbuka kepada penduduk di negara ini. Oleh itu kami tidak akan dan tidak dapat bertanggungjawab atas tindakan dan keputusan anda berdasarkan maklumat yang kami bekalkan.
Setahu kami, semua laman kasino atas talian yang dipaparkan di sini beroperasi di luar negara di bawah lesen-lesen kerajaan luar seperti Curacoa, Gibraltar dan lain-lain. Maka tiada laman kasino yang beroperasi di Malaysia.
Semua terma dan syarat di sini merupakan penulisan asli dan menjadi harta ekslusif Toponlinecasino.my. Maka penggunaan semula kesemua mahupun mana-mana bahagian kandungan tanpa kebenaran bertulis (ataupun cara-cara pemberian kebenaran lain) daripada pihak pentadbiran laman ini adalah dilarang sama sekali.
Oleh itu, jika syarat ini dilanggar, anda dikira telah melakukan pelanggaran undang-undang hakcipta dan cap dagangan yang digunakan dalam kes-kes sebegini.
Harta Intelek
Setiap satu kandungan yang terdapat di Toponlinecasino.my adalah milik sepenuhnya Toponlinecasino.my tanpa pengecualian. Dengan kandungan, kami merujuk kepada segala bentuk maklumat, bahan dan perkhidmatan yang terkandung dalam lamn web, blog, forum dan sebagainya. Istilah ‘kandungan’ juga merangkumi maklumat dalam bentuk grafik, penulisan dan media lain di mana matlamat utamanya adalah untuk menyampaikan maklumat.
Oleh itu, anda tidak dibenarkan membuat lebih daripada satu salinan kandungan kami dan salinan itu hanya boleh digunakan untuk tujuan peribadi. Dengan itu, anda juga tidak dibenarkan menggunakan semula kandungan kami untuk tujuan komersial.
Satu-satunya salinan tersebut dibenarkan dengan syarat tiada apa-apa yang diubah atau dikecualikan, dari barisan pertama sehingga barisan terakhir. Oleh itu kami melarang anda menyalin, mengedarkan, menyiarkan atau menyimpan kandungan kami dalam apa-apa bentuk pun, termasuk bentuk maya dan bentuk yang belum disebut sebelumnya. Ini juga termasuk larangan terhadap segala bentuk jualan , lelongan pemindahan dan/atau pertukaran hakmilik langganan anda kepada sesiapa juga. Selain itu, larangan juga berkesan terhadap penerbitan semula, posting, penyiaran serta penyebaran kandungan kami di mana-mana forum perbincangan atas talian, ruang perbualan, papan notis atas talian dan blog tanpa izin daripada kami. Terma dan syarat di sini juga melarang anda berkongsi mana-mana bahagian atau petikan daripada kandungan kami dengan cara yang disebut di atas.
Tingkah Laku
Penggunaan Toponlinecasino.my adalah tertakluk kepada tingkah laku yang bersopan santun. Maka, komen dan perlakuan berbaur perkauman, seksis, anti-LGBT, serangan paras rupa dan sebagainya tidak akan dibenarkan sama sekali. Kami tidak akan menerima sebarang sebutan dan percakapan berbentuk ‘hate speech’ dan akan bertindak menggantung dan mendenda sebarang akaun yang melakukan tindakan ini.
Anda sebagai pengguna haruslah bertanggungjawab tentang apa-apa yang anda anda siarkan di laman ini, tidak kira siapa yang membuat posting itu ataupun sama ada kebenaran anda diberikan atau tidak.
Privasi
Kami di Toponlinecasino.my menghormati privasi setiap pengguna kami. Oleh itu kami tidak akan menjual atau mengedarkan maklumat anda kepada pihak ketiga. Anda bersetuju untuk membenarkan kami menggunakan maklumat peribadi anda mengikut Dasar Privasi kami.
Indemniti
Dengan menggunakan laman ini, anda berjanji untuk memberikan kami indemniti, iaitu pampasan untuk mana-mana kejadian yang menyebabkan kami mengalami kerugian, termasuk jika kerugian itu melibatkan ejen dan kakitangan kami.
Dengan ini, kami dikecualikan ke atas liabiliti perundangan dalam apa-apa bentuk yang mungkin timbul. Ini termasuk tuntutan ganti rugi, pampasan, yuran guaman dan apa-apa kos dan perbelanjaan yang mungkin timbul jika terdapat tuntutan dan tindakan perundangan yang melibatkan kami dan penggunaan laman ini.
Penafian (Disclaimer)
Kami di Toponlinecasino.my ingin menyatakan dengan jelas bahawa kami tidak memberikan sebarang jaminan ke atas penggunaan laman ini. Oleh itu, kami tidak memberikan kepastian sama ada maklumat yang kami bekalkan adalah sempurna atau tepat. Oleh itu kami tidak boleh dipertanggungjawabkan dari segi perundangan untuk maklumat yang kami paparkan di Toponlinecasino.my, termasuk maklumat yang dipaparkan oleh laman rakan kongsi atau sekutu kami.
Kami di Toponlinecasino.my berhak untuk mentafsirkan semua terma dan syarat yang dinyatakan di sini mengikut kebijaksanaan kami sendiri dan sebagaimana yang kami fikir sesuai. Kami juga berhak melakukan sedemikian tanpa perbincangan dan persetujuan mana-mana pihak.