Craps merupakan satu permainan kasino yang juga ditawarkan oleh kasino dalam talian. Walaupun ianya tidak sepopular permainan kasino meja lain seperti Roulette, Blackjack, Baccarat dan Poker, ianya masih lagi satu permainan yang digemari ramai.
Permainan Craps melibatkan lontaran dua biji dadu dan sebuah meja dengan petak-petak pertaruhan. Dalam kasino sebenar, meja Craps merupakan antara meja pertaruhan yang paling meriah dan lantang. Ini kerana permainan Craps melibatkan penjudi lain bertaruh ke atas pembuangan dadu si penjudi yang akan melontar dua dadu itu, yang dikenali sebagai ‘shooter’.
Dalam bahagian ini, kami akan mempelajari bagaimana untuk bermain Craps, terutamanya bagi anda yang merupakan penjudi baru.
Kasino Dalam Talian Terbaik Malaysia 2024
Peringkat | Casino | Bonus | Penilaian | Lawati |
---|---|---|---|---|
1 | Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM588 + 120 Putaran Percuma | Tuntut BonusUlasan 20Bet Casino | ||
2 | Bonus 100% sehingga RM1500 + 22 markah pertaruhan | Tuntut BonusUlasan 22Bet Casino | ||
3 | Bonus 100% Sehingga RM1200 | Tuntut BonusUlasan Dafabet Casino | ||
4 | Bonus Selamat Datang 500% | Tuntut BonusUlasan Empire777 Casino | ||
5 | Bonus Selamat Datang 288% Sehingga RM2,880 | Tuntut BonusUlasan BK8 Casino | ||
6 | Bonus Selamat Datang 100% sehingga $688 | Tuntut BonusUlasan Kasino K9Win | ||
7 | Bonus Selamat Datang 288% sehingga RM288 | Tuntut BonusUlasan Kasino Maxim88 | ||
8 | Bonus Selamat Datang 288% sehingga RM2880 | Tuntut BonusUlasan Kasino 96M | ||
9 | Bonus Selamat Datang 150% | Tuntut BonusUlasan boda8 Kasino | ||
10 | 288% Selamat Datang Jackpot Bonus sehingga MYR2,880 | Tuntut BonusUlasan Kasino me88 |
Apakah Asal-Usul Craps?
Permainan lambungan dadu dan pertaruhan ke atas nilai keputusannya boleh dikesan semenjak tamadun-tamadun paling kuno di dunia, seperti di China dan Rom. Permainan sebegini menjadi popular sebagai permainan perjudian di tepi jalan.
Pada zaman dahulu juga, permainan dadu sangat diminati oleh para askar Rom, kerana buah dadu sangat kecil dan boleh dibawa ke medan perang dengan mudah. Ianya menjadi sejenis hiburan apabila mereka berehat daripada pertempuran.
Nenek moyang permainan Craps moden yang kita ada ada pada hari ini merupakan rekaan seorang bangsawan di Baitulmaqdis bernama William of Tyre, semasa Perang Salib. Permainan ini dinamakan sempena sebuah istana yang dikenali sebagai Azarth, Lama-kelamaan nama ini pun bertukar menjadi Hazard.
Permainan Hazard tersebar ke seluruh Eropah, dan semakin diminati ramai. Pada kurun ke-17, ianya menjadi permainan yang sangat biasa ditemui di tempat-tempat makan sekitar Perancis. Walaubagaimanapun, orang Perancis menamakannya ‘Crapauds’ yang bermakna katak, kerana pemainnya akan berjongkok atas lantai ketika bermain, sama seperti katak. Dari sinilah permainan ini mendapat nama Craps.
Seperti permainan meja lain, ia kemudian dibawa ke Amerika dan diberi sedikit peningkatan,, sehinggalah ianya menjadi permainan yang biasa ditemui di kasino di Las Vegas.
Bagaimanakah Untuk Bermain Craps?
Langkah pertama dalam mana-mana pusingan permainan Craps adalah untuk memilih seorang ‘Shooter’. Shooter inilah yang bertanggungjawab melambung pasangan dadu untuk mendapat keputusan bernombor.
Di permulaan mana-mana pusingan Craps, setelah Shooter dipilih, croupier akan mengambil pertaruhan daripada semua penjudi lain yang ada di meja Craps itu. Kami akan terangkan jenis-jenis pertaruhan keputusan yang boleh dibuat oleh penjudi yang ingin menyertai pusingan Craps ini.
Setelah semua orang selesai membuat pertaruhan, Shooter akan membuat pembuangan dadu pertama, yang disebut sebagai ‘Come out roll’. Pembuangan dadu pertama ini boleh mempunyai tiga jenis keputusan.
Semulajadi (Natural)
Jika jumlah nilai kedua-dua biji dadu adalah 7 atau 11, balingan dadu itu dikira menang dan Shooter dibenarkan membuat lontaran dadu sekali lagi.
Craps
Apabila jumlah kedua-dua dadu adalah 2, 3 atau 12, lontaran ini dikira kalah. Akan tetapi pusingan belum berakhir dan Shooter dibenarkan melontar lagi.
Point
Nilai point adalah 4,5,6,8, 9 dan 10. Jika dadu mempunyai nilai ini, anda perlu membuang dadu semula untuk mendapatkan nilai point yang sama.Tujuan lontaran-lontaran dadu seterusnya adalah untuk mendapat jumlah sama dengan lontaran pertama sebelum nilai 7 dicapai. Kombinasi dadu tidak penting, asalkan anda mendapat nilai point yang sama dengan lontaran pertama sebelum jumlah dadu nilai 7 muncul.
Dalam permainan Craps dalam talian, apabila anda mendapat lontaran pertama point, lampu putih akan dinyalakan dan hanya akan dipadam apabila anda mencapai point itu semula.
Peringkat | Casino | Bonus | Penilaian | Lawati |
---|---|---|---|---|
1 | Pakej Bonus Selamat Datang $1500 | Tuntut BonusUlasan 888 Casino |
Jenis-jenis Pertaruhan Craps Yang Boleh Dilakukan
Setelah kita memahami semua hasil lontaran dadu yang dibuat oleh Shooter, kita haruslah memahami jenis pertaruhan yang boleh dibuat oleh penjudi-penjudi di meja Craps ini. Apabila anda tiba di mana-mana meja Craps, anda akan nampak meja yang ditanda dengan pelbagai istilah dan nombor.
Semua istilah dan nombor ini ada kaitan dengan pertaruhan yang boleh dibuat dalam satu pusingan Craps. Ada yang boleh dibuat pada bila-bila masa dalam pusingan itu, tetapi ada juga yang hanya boleh dibuat pada masa-masa tertentu. Berikut merupakan pertaruhan yang ada dalam Craps:
Garisan Pass (Pass Line)
Anda boleh membuat pertaruhan Pass line sebelum ‘Come Out roll’. Pertaruhan Pass sangat mudah. Anda harus tentukan bilangan Chips yang anda mahu pertaruhkan dan ianya akan diletakkan di bahagian Pass Line di atas meja.
Jika come out roll adalah natural, anda dikira menang dan jika ianya Craps anda kalah. Nombor-nombor lain adalah point. Shooter perlu mendapat nombor point sekali lagi sebelum nombor 7 muncul untuk anda menang Pass. Jadi dalam erti kata lain, jika anda bertaruh di Garisan Pass, anda hanya menang jika hasil lontaran dadu adalah Natural atau Point yang berjaya.
Garisan Tidak Pass ( Don’t Pass Line)
Jika anda bertaruh di Don’t Pass Line, anda bertaruh ke atas semua yang bertentangan dengan syarat Pass Line. Maknanya, pada Come Out Roll anda akan kalah jika keputusannya Natural dan menang jika keputusannya Craps. Jika keputusan lontaran dadu adalah Point, anda akan menang jika Shooter gagal mendapat nombor Point semula sebelum nombor 7 muncul.
Apa yang istimewa dalam Don’t Pass Line adalah jika Shooter membuang dadu bernilai 12, ini dikatakan ‘Push’ iaitu tiada apa yang berlaku, dan anda tidak menang atau kalah.
Pertaruhan Come (Come Bets)
Pertaruhan Come hanya boleh dibuat apabila sebuah nilai Point sudah ditentukan. Dalam sesuatu pusingan Craps biasa, Shooter akan sampai tahap di mana keputusan Point didapati , dan pertaruhan Pass memerlukannya mengulangi Point sebelum nombor 7 muncul dalam pembuangan dadunya untuk menang.
Akan tetapi, pertaruhan Come menganggap lontaran dadu selepas mendapat keputusan Point ini sama seperti ‘Come Out Roll’. Ini bermakna jika anda bertaruh Come setelah Shooter mendapat Point, jika lontaran dadu seterusnya adalah 7 atau 11 (Natural) anda menang, jika ianya 2,3 atau 12 (Craps) anda kalah dan nombor lain menjadi Point, iaitu dikenali sebagai Come-Point Bet. Jika anda mengikuti setakat ini, anda akan sedar bahawa Come Bet merupakan pertaruhan yang sama seperti Pass, tetapi menganggap pusingan permainan bermula setelah Shooter mendapat keputusan Point dalam pusingan biasa.
Pertaruhan Jangan Come ( Don’t Come Bets)
Pertaruhan Jangan Come atau Don’t Come Bets juga hanya boleh dibuat selepas nilai Point didapati oleh Shooter. Lontaran dadu seterusnya dianggap sebagai lontaran ‘Come Out Roll’ dan syarat yang sama seperti pertaruhan Don’t Pass , iaitu jika Shooter mendapat Natural anda kalah; jika mendapat Craps anda menang dan jika mendapat Point dan gagal mengulanginya sebelum nombor 7 muncul anda menang.
Pertaruhan Place (Place Bets)
Place Bets boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam pusingan Craps. Anda dibenarkan membuat pertaruhan ke atas nombor spesifik bagi mana-mana lontaran dadu oleh Shooter, dan anda akan menang atau kalah berdasarkan sama ada nombor itu muncul pada lontaran tersebut.
Pertaruhan Field (Field Bets)
Pertaruhan Field adalah sama dengan Pertaruhan Place, iaitu ianya merupakan pertaruhan yang boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam Craps. Bezanya ialah pertaruhan Field merupakan pertaruhan ke atas satu julat nombor dan bukannya satu nilai spesifik.
Pertaruhan Lain
Pada meja Craps, anda akan nampak beberapa pilihan pertaruhan lain, seperti Big 8 dand Big 6, serta Pertaruhan One Roll yang merupakan keputusan spesifik keputusan satu lontaran dadu, dan terdapat di kotak-kotak di tengah meja
Peringkat | Casino | Bonus | Penilaian | Lawati |
---|---|---|---|---|
1 | Pakej Selamat Datang €1500 + 150 Pusingan Percuma | Tuntut BonusUlasan Kasino JVSPINBET |
Pertaruhan Terbaik dan Terburuk Dalam Craps
Dalam strategi Craps anda, ianya penting untuk mengetahui pertaruhan mana yang mempunyai kebarangkalin kemenangan yang tertinggi dan terendah.
Pertaruhan Don’t Come dan Don’t Pass mempunyai kelebihan tuan rumah (hosue edge) yang terendah, iaitu sekitar 1.37%. Ini diikuti dengan pertaruhan Garisan Pass dan Tidak Pass, masing-masing mempunyai kelebihan tuan rumah sebanyak 1.41%.
Bagi pertaruhan paling susah pula, one roll bets atau pertaruhan ke atas keputusan spesifik buangan dadu mempunyai antara kelebihan tuan rumah yang tertinggi. Contohnya pertaruhan ke atas 2 atau 12 mempunyai kelebihan tuan rumah 13.89% dan pertaruhan Any 7 mempunyai kelebihan tuan rumah 16.67%.
Jika anda ingin membuat one roll bets, anda harus bersedia untuk kesukaran memenangi pertaruhan sebegini.
Istilah-istilah Penting Dalam Craps
Center Field – Nama lain untuk dadu berjumlah 9
Craps – Dadu bernilai 2, 3 dan 12
Big Red – Nama lain untuk dadu bernilai 7
Boxman – Petugas di meja Craps yang menguruskan Chips dan tindakan Dealers
Easy Way – Dadu berjumlah 4, 6, 8 dan 10 yang bukan dadu berganda atau dua dadu sama nilai
Natural – Balingan dadu bernilai 7 atau 11
Shooter – Orang yang ditugaskan untuk melontarkan pasangan buah dadu dalam pusingan Craps
Nombor Place – Dadu bernilai 4, 5,6, 8, 9 dan 10
Seven Out – Melontarkan 7 dan mengakhiri pusingan Point
Snake eyes –Istilah untuk pasangan dadu dengan nombor satu pada setiapnya, memberikan jumlah 2
Working bets – Pertaruhan untuk lontaran dadu seterusnya
Tips Kemenangan dan Strategi Craps
Bagi anda yang baru sahaja bermula permainan Craps, terdapat beberapa petua dan panduan yang dapat membantu anda membuat keputusan di meja perjudian, terutamanya jika anda akan bermain di kasino wang sebenar, sama ada di dunai sebenar mahupun di alam siber.
- Uruskan wang tunai dengan betul. Jangan bertaruh semuanya sekaligus untuk satu pusingan Craps ataupun untuk satu jenis pertaruhan semata-mata.
- Sentiasa lakukan pertaruhan ke atas Garisan Pass, Don’t Pass, Come dan Don’t Come kerana itu merupakan pertaruhan dengan kebarangkalian tertinggi untuk menang.
- Jika anda penjudi baru, anda boleh meminta tolong daripada Dealer dan petugas lain di meja jika mempunyai sebarang soalan.
- Teknik dan strategi anda akan bertambah baik jika anda terus bermain dan berlatih permainan Craps ini, dan setelah satu jangka masa anda boleh menjadi pemain yang mahir.
Permainan Craps Ditentukan Oleh Nasib
Permainan kasino meja seperti Craps menawarkan pengalaman yang sangat istimewa. Asalkan anda memahami peraturan permainan yang asas, permainan ini boleh menjadi satu sumber keuntungan anda semasa berjudi.
Tidak banyak strategi yang rumit diperlukan. Anda hanya perlu memahami kebarangkalian yang terlibat bagi setiap keputusan lontaran pasangan dadu.
Soalan-soalan Lazim
Craps merupakan permainan kasino yang melibatkan pertaruhan anda ke atas hasil lontaran sepasang dadu.
Salah seorang penjudi yang dikenali sebagai ‘Shooter’ akan ditugaskan melontar dadu.
Pertaruhan Don’t Come dan Don’t Pass merupakan yang paling tinggi kebarangkalian kemenangan.
Ya, kebanyakan kasino maya menawarkan craps di laman mereka.
Ya, banyak saluran live yang mempunyai saluran khas untuk Craps.
Peringkat | Casino | Bonus | Penilaian | Lawati |
---|---|---|---|---|
1 | Bonus Selamat Datang 288% sehingga RM2880 | Tuntut BonusUlasan Kasino 96M |